Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski, diangkat sebagai 'penyerang nombor 9' paling sempurna oleh bekas penyerang Jerman, Carsten Jancker.
Tonggak antarabangsa Poland itu melebarkan koleksi golnya musim ini kepada 25 apabila menyumbat gol penyamaan dalam masa kecederaan ketika Bayern seri 1-1 dalam aksi Bundesliga menentang Hertha Berlin, minggu lalu.
Lewandowski turut menjaringkan satu gol dan membuat satu umpanan ketika membelasah Arsenal 5-1 dalam aksi pusingan 16, Liga Juara-Juara.
Jancker, yang menjuarai empat gelaran Bundesliga dan Liga Juara-Juara sepanjang kariernya bersama Bayern, percaya Lewandowski adalah paling menyinar di posisi tersebut.
"Dia sempurna. Dia berada di usia emasnya dan kalau anda bertanyakan kepada saya, dia adalah penyerang nombor 9 yang sempurna," kata Jancker kepada laman rasmi kelab itu.
"Pertama sekali, dia menghasilkan gol, terutama gol pembukaan. Bukan sahaja menyumbat gol kelima dan keenam; dia mencetak gol kerana dahagakannya tapi paling penting gol pembukaan yang dihasilkannya.
"Lagipun, dia jarang berada di suatu tempat dan sangat memahami corak perlawanan. Dia sering membuat umpanan kepada rakan sepasukan. Bahkan, pergerakannya tidaklah perlahan."
Dalam masa yang sama, Jancker mengakui kekalahan 2-1 Bayern kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara masih menghantuinya.
Dia kemudian melunaskan hajatnya dengan mendominasi Eropah, dua tahun kemudian.