LALIGA
Lemar lepasi ujian perubatan bersama Atletico
Thomas Lemar bebas menjalani latihan pra-musim bersama Atletico Madrid selepas menyempurnakan ujian perubatan bersama kelab itu.
Atletico dilaporkan membayar sebanyak EUR60 juta (RM284 juta) untuk membawa Lemar ke LaLiga daripada Monaco.
Lemar menjalani ujian perubatan semalam dan telah diberikan lampu hijau untuk menjalani latihan bersama pasukan.
Iklan
Atletico memulakan kempen pra-musim dengan kemenangan ke atas Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Singapura, kelmarin.
Skuad kendalian Diego Simeone itu seterusnya akan berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dan Inter di samping aksi persahabatan dengan Stuttgart dan Cagliari.
Aksi kompetitif Atletico bagi musim 2018-19 adalah berdepan Real Madrid dalam Piala Super UEFA pada 15 Ogos ini.
Must-Watch Video