Skip to main content

Bola Sepak

Leiva sedia ucap selamat tinggal kepada Liverpool

lucasleiva-cropped_1qx1ijnq5k3dh1bqhhuvbhsllx.jpg
Lucas Leiva bersedia untuk menamatkan tempoh selama sedekad di Liverpool untuk menyertai pasukan Serie A, Lazio.

Bekas pemain tengah Brazil, Lucas, tiba di Rome hari ini untuk membuat keputusan mengenai perpindahannya ke Stadio Olimpico.

Dia disambut oleh sekumpulan peminat Lazio di lapangan terbang dan  Twitter rasmi mereka menyiarkan gambar pemain berusia 30 tahun itu sambil memegang mafla kelab.

Selepas berpindah ke Anfield dari Gremio pada 2007, Lucas membuat 346 penampilan untuk Liverpool dalam semua pertandingan, menjaringkan tujuh gol dan memenangi Piala Liga 2011-12.

Advertisement

Must Watch Video