Legenda kelab bola sepak PSM Makassar, Abdi Tunggal, dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Berita kematian membabitkan bintang Indonesia yang popular di era 70an dan 80an itu dikongsikan oleh kebanyakkan media Indonesia pada Rabu.
Kebanyakkan peminat bola sepak Indonesia dan Malaysia di era tersebut cukup mengenali pemain tersebut yang memiliki prestasi dan gaya permainan yang hebat.
Abdi mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia sukan bola sepak Indonesia pada 1984 ketika usianya mencecah 34 tahun.
Dia juga sebelum ini pernah dilantik sebagai penasihat kepada kelab PSM Makassar iaitu pada 2009 hingga 2015.
Dalam tempoh tersebut, Abdi antara individu yang memainkan peranan hingga menyaksikan kelab itu muncul antara kelab yang disegani dalam liga utama Indonesia.
Selain itu juga Abdi dilantik sebagai jurulatih yang bertanggungjawab skuad muda kelab itu iaitu PSM Junior.
Punca sebenar kematian Badi Tunggal bagaimanapun tidak dilaporkan sepenuhnya oleh media Indonesia setakat ini.