SABAH 4 TFC II 0
Kapten Sabah, Rawilson Batuil, muncul wira selepas meledak dua gol bagi membantu skuad Sang Badak membenam Terengganu FC (TFC) II 4-0 di Stadium Likas, sebentar tadi.
Skuad kendalian Jelius Ating itu tidak perlu menunggu lama untuk mendahului lawan selepas rembatan kaki kiri Lee Gil Hoon dari luar kotak penalti pada minit keempat terus menerjah jaring bagi menjadikan kedudukan 1-0.
Pada minit ke-26, Sabah hampir menambah jaringan, namun percubaan penyerang import, Hector Pito Ramos, selepas menerima hantaran Sabri Sahar tidak menepati sasaran dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, TFC II lebih garang di awal permainan dan memiliki peluang baik pada minit ke-51, bagaimanapun percubaan Akanni-Sunday Wasiu sekadar melewati palang gol.
Pada minit ke-56, Rawilson menambah jaringan buat pasukannya hasil penyudah baik selepas keadaan kelam-kabut di hadapan gawang TFC II.
Tersentak dengan jaringan itu, TFC II menggandakan usaha mereka untuk memburu gol dan hampir mendapatkannya menerusi Bruno Junichi Suzuki, bagaimanapun rembatannya pada minit ke-62 diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Robson Rendy Rining.
Pada minit ke-79, Rawilson sekali lagi menceriakan kira-kira 3,000 penyokong tuan rumah apabila meledak gol ketiga Sabah hasil satu sepakan sudut.
Ramos kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Sabah hasil rembatan cantik dari dalam kotak penalti pada minit ke-90.
Kedudukan 4-0 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir, meniupkan wisel penamat.
Keputusan lain:
SARAWAK 1 KUANTAN 0
UKM 1 FELDA 2
FELCRA 1 PDRM 1
MISC-MIFA 1 JDT II 1
Kredit foto: Jaiman Taip