Skip to main content

Bola Sepak

LBR platform terbaik untuk pencarian bakat baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

240117wanadnan.jpg
Timbalan Pengerusi, Liga Bolasepak Rakyat (LBR), Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat, optimis liga itu akan turus menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat baru bagi menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M).

Selepas saingan 2015/16, beberapa pasukan Liga M seperti Kuantan FA sudah pun menyerapkan beberapa pemain dari LBR.

Sehubungan itu, Wan Adnan percaya musim 2016/17 yang kini memasuki peringkat kebangsaan berupaya meneruskan kesinambungan itu.

"Sembilan pemain daripada LBR bakal beraksi dalam Liga Perdana. Ini adalah contoh yang menunjukkan bahawa terdapat beberapa bakat baru yang boleh diketengahkan," katanya.

Wan Adnan turut yakin, akan ada lagi pasukan yang bakal mengikuti jejak Persatuan Bolasepak Kuching untuk ke saingan Liga FAM tahun depan.

Dalam pada itu, dia juga optimis penganjuran sulung LBR wanita akan membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meluaskan kelompok pemain ke skuad negara dalam Sukan SEA 2017.

Katanya, sebelum ini pemain menyertai pasukan negara hanya berdasarkan pemilihan dalam saingan Piala Tun Sharifah Rodziah.

"Berkemungkinan besar terdapat ramai pemain yang tidak dapat dinilai oleh FAM bagi mendapatkan pemain-pemain baru.

"Liga ini akan dijadikan sebagai salah satu platform untuk meningkatkan mutu skuad bola sepak wanita negara," jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video