LIGA INGGERIS
Laporta: Penyokong City akan nikmati skuad Guardiola
Bekas presiden Barcelona, Joan Laporta, yakin semua penyokong Manchester City akan bergembira sebaik sahaja pengurus, Pep Guardiola, menyelesaikan urusan perpindahan pasukan itu.
Laporta melantik Guardiola sebagai pengurus Barcelona pada tahun 2008 dan mereka sekali lagi bertemu ketika majlis Yayasan Johan Cruyff, awal minggu ini.
Dia turut mendedahkan bahawa pengurus The Citizens itu tampak yakin menjelang musim 2017/18 selepas sekadar menamatkan musim lepas di tangga ketiga liga serta gagal meraih sebarang trofi.
Iklan
“Jika City memberikannya ruang yang diperlukan, dia akan berjaya,” ujar Laporta.
“Dia seorang yang berkeyakinan, seorang pemenang yang berani dan dia tidak akan menyembunyikannya.
“Jelas sekali Guardiola semakin selesa dan optimis dapat membina sesuatu yang dia mahukan,” tambah Laporta.
Dalam masa sama, Laporta memberi contoh ketika Guardiola tiba di Bayern Munich dan bagaimana dia menyesuaikan diri sebelum memenangi trofi di Jerman.
“Pencapaian Guardiola sebelum ini cukup untuk menceritakan segala-galanya.
“Dia akan membuatkan dirinya diingati dan jika anda menyaksikan gaya permainan City musim lalu, mereka hanya perlu mendapatkan pemain yang tepat. Guardiola akan melakukannya,” tambah Laporta.
Must-Watch Video