Penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim, sedar pertemuan Liga Super menentang T-Team di Alor Setar, malam ini, menjadi misi melunas dendam skuad Hijau Kuning setelah diaibkan 5-0 di laman lawan, bulan lalu.
Ifwat selaku benteng akhir skuad Lang Merah pasti sukar melupakan episod duka di Kuala Terengganu, 15 April lalu.
Dibolosi sebanyak lima kali, kekalahan besar kepada The Titans juga meleburkan rekod tanpa kalah pasukannya selepas 12 perlawanan.
Lantas, penjaga gol skuad B-22 negara itu menggesa rakan-rakannya agar menebus kehampaan itu menerusi tiga mata penuh.
"Semua pemain berhasrat membalas dendam ekoran kekalahan 5-0 di Kuala Terengganu.
"Itu kekalahan pertama kami dan kami akan memperagakan aksi terbaik bagi menjamin kemenangan," katanya.
Dalam pertemuan kedua-dua pasukan tempoh hari, Kedah yang masih dibimbing Tan Cheng Hoe beraksi tempang susulan tonggak pertahanan, Rizal Ghazali, dilayangkan kad merah dalam babak pertama.
Ifwat yang sudah memenangi tiga piala dalam tempoh dua musim bersama Kedah -- terbaru, Piala FA -- sekali lagi akan menggalas tugas penting di benteng akhir sambil dibantu barisan pertahanan yang diketuai Khairul Helmi Johari untuk misi mengekang asakan T-Team.