Skip to main content

Bola Sepak

Lang Merah sedia hadapi jerat Harimau Kumbang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nizam-adzha-yusof-220717.jpg
Kedah ingin memastikan mereka menyekat kebangkitan Pulau Pinang, sekaligus menafikan tiga mata memihak pasukan tuan rumah itu dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan, malam ini. 

Pertemuan kedua-dua pasukan dari utara ini menjadi medan buat Lang Merah untuk melupakan beberapa aksi sederhana yang dipamerkan sebelum ini. 

Mereka sekadar mencatat keputusan seri di laman sendiri dengan Selangor dalam saingan liga, minggu lalu, sebelum dikecewakan dengan kekalahan kepada Kelantan bagi kempen Piala Malaysia. 

Lantas, satu keputusan positif mahu diraih pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusof, agar Kedah kembali menemui rentak serta keyakinan. 

"Kami telah meneliti rakaman perlawanan sendiri di Kota Bharu dan kami banyak melakukan kesilapan. 

"Kami telah mengkaji dan telah mencapai kata sepakat untuk berjuang dengan semangat baru di mana semua pihak berjanji untuk membantu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata," ujarnya. 

Mengulas mengenai lawan mereka malam ini, Nidzam beranggapan Pulau Pinang mempunyai kemampuan untuk mencipta satu lagi kejutan andai pemain-pemain Kedah tidak berwaspada.

Kedah pastinya memberi tumpuan terhadap keupayaan tonggak import skuad Harimau Kumbang, Mark Hartmann, yang dijangka terus mengetuai bahagian serangan Pulau Pinang. 

"Saya sedar Pulau Pinang dalam keadaan untuk menyelamatkan pasukan daripada turun ke Liga Perdana. 

"Jadi, kami di kem Kedah begitu faham. 

"Pastinya kami bersedia untuk menghadapi asakan daripada Pulau Pinang nanti."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video