Skip to main content

Bola Sepak

Lang Merah cari jalan perkukuh benteng

nidzam-adhza-yusoff-020717.jpg
Kepincangan di bahagian pertahanan sering kali memberi ruang kepada Perak untuk meleburkan rekod tanpa kalah Kedah di laman sendiri pada musim ini apabila tunduk 2-1 dalam aksi Liga Super, malam tadi. 

Sedikit kesilapan daripada Muhammad Syazwan Tajuddin yang tertampan bola ke gawang sendiri memberi kelebihan kepada lawan lalu menyebabkan tuan rumah semakin hilang arah, seterusnya membiarkan The Bos Gaurus untuk selesa dengan gol kedua menerusi Mohd Nasir Basharuddin. 

Benteng Lang Merah itu goyah dan membiarkan Perak menguasai kubu mereka tatkala skuad kendalian Nidzam Adzha Yusoff itu gagal memanfaatkan beberapa peluang pada penghujung perlawanan untuk sekurang-sekurangnya menyamakan kedudukan. 

"Saya akui kesilapan pertahanan yang agak leka sehingga dibolosi gol mudah, itulah yang perlu diperkemaskan. 

"Tidak kira siapa yang akan diturunkan, kami akan cuba yang terbaik. 

"Kami perlu perkemaskan permainan dan mengurangkan kesilapan," kata Nidzam. 

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, pula menganggap bukan mudah sebenarnya untuk menang ke atas pasukan seperti Kedah dengan jaringan tiga gol. 

Ternyata, aksi pertama oleh dua tonggak import baru, iaitu Gilmar da Silva dan Leandro Dos Santos, juga tidak mengecewakan dalam memperkuatkan lagi pasukannya. 

"Kehadiran dua pemain import baru ini telah mengubah mentaliti pasukan ini untuk meraih kemenangan. 

"Saya kenal dengan Gilmar dan Leandro, bukan sahaja mereka, bahkan kesemua barisan pemain beraksi dengan menakjubkan. 

"Usaha mereka tidak berhenti dalam tempoh 95 minit permainan," ujarnya Durakovic. 
 

Advertisement

Must Watch Video