WEST HAM 1 STOKE CITY 1
Paul Lambert masih berharap Stoke City kekal berada dalam Liga Perdana Inggeris meskipun voli lewat Andy Carroll mengikat kedudukan 1-1 dengan West Ham di Stadium London, awal pagi tadi.
Stoke kelihatan sedia untuk mengecap kemenangan pertama mereka sejak Januari lalu apabila Peter Crouch yang masuk dari bangku simpanan menjaringkan gol selepas Joe Hart gagal mendakap kemas bola daripada percubaan Xherdan Shaqiri.
Tetapi pemain gantian lain menyamakan kedudukan apabila Carroll mengambil tempat Aaron Cresswell pada minit ke-90 untuk membawa West Ham berkelebihan tujuh mata daripada zon penyingkiran.
Sementara itu, Stoke adalah lima mata di bawah zon selamat, dengan hanya tinggal empat perlawanan, salah satunya adalah semi finalis Liga Juara-Juara Eropah, Liverpool, tetapi Lambert menegaskan tahap prestasi skuad Potters akan memberikan hasil positif tidak lama lagi.
"Ini satu tamparan kerana kami begitu hampir dengan kemenangan," kata Lambert kepada Sky Sports. "Kami sangat baik dan mempunyai peluang yang sangat baik.
"Kami mempunyai peluang tetapi saya tahu mereka mempunyai beberapa gol yang tidak disahkan juga. Ia adalah penyudah yang hebat daripada mereka tetapi saya tidak boleh minta apa-apa lagi daripada pasukan saya.
"Kami sedia untuk bertarung dan kami ada penyokong di belakang kami. Jika kami menang pada Ahad ini (menentang Burnley di laman sendiri), ia membuatkan pasukan lain dalam masalah.
"Selagi kami tidak berputus asa, kekalkan prestasi itu, kami betul-betul dalam perjuangan. Kami bermain dengan baik dan saya bangga dengan pasukan.
"Saya mempunyai kepercayaan yang hebat dan kami mempunyai beberapa perlawanan yang baik tetapi kami sangat tidak bernasib baik. Mereka melakukan segala-galanya untuk kekal dalam liga. Saya datang lambat tetapi saya sangat sukakannya dan sanggup bertarung."
Pengadil, Michael Oliver, tidak mengesahkan tiga gol West Ham -- dua kerana ofsaid dan satu akibat terkena tangan Carroll -- dengan David Moyes berasakan pasukannya sudah memberikan segala-galanya untuk menuntut tiga mata.
"Saya fikir kami sepatutnya menang, kami bermain dengan baik," kata Moyes kepada Sky Sports. "Saya terkejut apabila kami ketinggalan.
"Kami melakukan beberapa perkara yang baik, kami hanya memerlukan sesuatu yang berbeza di depan, Marko (Arnautovic) juga tidak menjaringkan gol pada hari ini."