Skip to main content

Bola Sepak

Lallana jadi sasaran Barcelona, Juventus dan PSG

lallana-needed-to-leave-his-comfort-zone-klopp.jpg

Timbul laporan bahawa pemain tengah Liverpool, Adam Lallana, menjadi sasaran Barcelona dan Juventus sekiranya gagal memikat Philipe Coutinho.

The Times mendakwa pemain berusia 28 tahun itu kini dilihat sebagai calon alternatif terbaik buat Barca andai kata gagal membawa Coutinho ke Camp Nou.

Juventus turut dilaporkan sedang memantau perkembangan pemain antarabangsa England itu.

Sementara itu, juara Liga Perancis musim lalu, Paris Saint-Germain turut berminat dengan khidmat bekas pemain Southampton itu yang masih mempunyai baki dua tahun kontrak di Anfield.

Bagaimanapun, difahamkan Liverpool dan Lallana ketika ini sedang dalam proses membincangkan pembaharuan kontrak.

Lallana menyertai Liverpool pada 2014 dengan yuran perpindahan mencecah GBP25 juta (RM137 juta) dan telah pun menjadi antara tonggak utama Jurgen Klopp.

Musim ini Lallana telah menyumbang tujuh gol dan tujuh bantuan jaringan daripada 18 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris.




Advertisement

Must Watch Video