Skip to main content

Bola Sepak

Lacazette kecewa gagal lakar hatrik pertama

lacazette.jpg
ARSENAL 4 CSKA MOSCOW 1

Alexandre Lacazette mengakui terkilan apabila digantikan ketika Arsenal meraih kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow kerana dia dalam usaha untuk mencetak hatrik pertama buat The Gunners.


Arsenal kini selangkah ke pusingan separuh akhir UEL dengan kemenangan dalam suku akhir pertama ke atas kelab Russia itu, dengan Lacazette dan Aaron Ramsey masing-masing meledak dua gol.

Tetapi, tidak seperti Ramsey, Lacazette digantikan ketika perlawanan berbaki 16 minit, menafikan peluangnya untuk menyempurnakan hatrik.

"Ya, saya mahu kekal di atas padang. Tetapi ini bukan hari saya untuk menjaringkan hatrik tetapi saya tetap berpuas hati dengan dua gol yang telah dijaringkan," kata Lacazette.

Ramsey yang diberikan peluang kekal hingga tamat 90 minit memiliki peluang mencipta hatrik -- percubaannya dinafikan palang gol pada penghujung permainan.

"Saya gemar melakukan larian lewat ke kotak penalti. Saya memiliki banyak peluang, saya sangat gembira kerana dapat memberikan yang terbaik buat pasukan," ujarnya.

Arsenal akan berkunjung ke Moscow minggu depan dalam usaha untuk memastikan mereka ke separuh akhir, dan Ramsey tidak berasakan keadaan politik di antara Russia dan United Kingdom akan memberikan impak kepada mereka.

"Ia tidak mengganggu kami. Kami ke Russi untuk bermain bola sepak dan itu yang akan kami lakukan."

Advertisement

Must Watch Video