Skip to main content

Bola Sepak

Lacazette bakal sertai Arsenal

lacazette-030717.jpg
Presiden Olympique Lyon, Jean-Michel Aulas, mengesahkan penyerangnya, Alexandre Lacazette, bakal menyelesaikan perpindahannya ke Arsenal dalam masa beberapa hari lagi.

Perpindahan yang dianggarkan bernilai EUR50 juta (RM245 juta) itu akan dimeterai setelah beberapa syarat akhir dipersetujui kedua-dua belah pihak, termasuk Lacazette.

Sebelum ini, Aulas menafikan Lacazette berada di London untuk menjalani ujian kesihatan serta memberitahu Arsenal masih belum memenuhi tuntutan harga yang diminta.

Bagaimanapun, semalam Aulas menjelaskan perpindahan Lacazette ke Arsenal dengan kontrak selama lima tahun hampir selesai.

"Arsenal melakukan bidaan awal bernilai EUR45 juta (RM220 juta) dan nilai itu akan dimuktamadkan di sekitar EUR45 juta (RM220 juta) hingga EUR50 juta (RM245 juta),” kata Aulas. 

Perjanjian itu bakal menyaksikan Arsenal memecahkan rekod perpindahan kelab, selepas Mesut Ozil berpindah dari Real Madrid dengan harga EUR44 juta pada tahun 2013. 

"Harus diingat, pasukan seperti Arsenal dan Bayern Munich adalah pasukan yang tidak mudah berbelanja besar untuk mendapatkan pemain,” tambahnya. 

Lacazette memulakan kariernya di Lyon bersama skuad belia dan melakukan penampilan sebanyak 250 kali dan 11 kali untuk skuad kebangsaan Perancis. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video