Skip to main content

Bola Sepak

Kurang kepercayaan punca Milan gagal raih tiga mata

gennarogattuso_2.jpg
Gennaro Gattuso berasakan AC Milan kurang kepercayaan ketika menghasilkan percubaan apabila mereka seri 1-1 dengan Sassuolo, semalam.

Nikola Kalinic, yang hadir sebagai pemain gantian, meraih satu mata buat tuan rumah pada penghujung permainan selepas Sassuolo menyerap tekanan yang dipamerkan Milan di San Siro.

Gol pembukaan telah dijaringkan oleh Matteo Politano pada minit ke-75.

Keputusan itu menyaksikan Milan gagal menggunakan kelebihan ke atas Inter dan Roma ketika musim ini berbaki tujuh perlawanan.

"Kami gagal menyerang dengan baik," kata Gattuso.

"Jika tidak berada di tahap terbaik ketika cuba menjaringkan gol, anda tidak mampu untuk menghukum lawan. Kami telah melepaskan dua peluang terbuka.

"Milan sememangnya menampilkan aksi yang cemerlang tetapi kami memerlukan kemenangan." 

Kalinic terlepas peluang terhidang untuk memberikan kemenangan dan Gattuso terus menggalakkan penyerang itu berusaha menampilkan sentuhan terbaik dalam aksi seterusnya.

"Dia dan Andre Silva adalah pemain yang penting.

"Saya gembira kerana Kalinic sudah menjaringkan gol tetapi pemain-pemain lain juga perlu melakukan perkara yang sama."

Advertisement

Must Watch Video