Jurulatih Melaka United, Eric Williams, mengakui perancangannya untuk aksi pra-musim di Kemboja sedikit terjejas ekoran masalah kesihatan yang dialami beberapa pemainnya ketika ini.
Skuad Melaka berkunjung ke Kemboja untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan empat pasukan di sini.
Namun, kunjungan mereka sedikit terencat ekoran beberapa pemain mengadu tidak sihat kerana demam, antaranya Ilija Spasojevic, Sergio Aguero, Fauzi Roslan dan Khair Jones.
Ekoran kehilangan beberapa tonggak utama, juara Liga Perdana 2016 itu tewas 3-1 dalam aksi pertama pra-musim menentang Army FC di Stadium Olimpik, semalam.
"Saya berharap untuk menurunkan barisan terbaik saya di Kemboja.
"Dua pemain saya akan menjalani ujian imbasan (MRI) hari ini, ada pemain yang terlantar tidak sihat dan beberapa pemain lagi masih dalam pemulihan serta mengalami kecederaan.
"Namun, masalah ini adalah normal dan kami perlu mencari jalan," kata Williams.
Berikutan masalah itu juga, bekas pengendali Yangon United itu terpaksa menolak pelawaan menentang skuad kebangsaan Kemboja, Ahad ini.
"Kami tidak berada di tahap terbaik untuk memberikan aksi berkualiti.
"Adalah lebih baik dibatalkan sahaja kerana ia boleh mencetuskan lebih banyak masalah berbanding hasil yang positif."