Faiz Nasir muncul wira Selangor yang merindui pengaruh penyerang import, Rufinho Segovia, sementara kemarau jaringan terus membelenggu tonggak import Terengganu, Tchetche Kipre, di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kehilangan Segovia untuk jangka masa panjang membangkitkan tanda tanya kepada siapa yang disandarkan tanggungjawab menghadirkan jaringan buat Gergasi Merah.
Tugas itu dipikul Selangor secara kolektif menerusi jaringan minit ke-55 yang disempurnakan pemain licik itu.
Lebih manis, ini kemenangan pertama Selangor di laman sendiri bagi musim 2019 dan juga kali pertama mereka mengekang gawang daripada dibolosi.
"(Masalah) ini berkaitan dengan psikologi (pemain). Orang selalu mengatakan kami tidak pernah menang di Shah Alam sejak musim lalu.
"Perkara ini tertanam (dalam fikiran) pemain dan memang susah nak mengeluarkannya.
"Saya mempunyai sokongan khidmat pakar psikologi tetapi dengan kemenangan ini, saya mula percaya bahawa kami boleh menang di Shah Alam," kata jurulatih Selangor, B. Sathiantahan.
Segalanya berupaya menjadi lebih berbeza sekiranya Kipre menyempurnakan peluang satu lawan satu dengan penjaga gawang Selangor, Farizal Harun, pada saat-saat akhir perlawanan.
Tujuh perlawanan Liga Super tanpa jaringan menyaksikan masa depan pemain sensasi Terengganu musim lalu itu dalam bahaya.
"Kalau kami tidak menjaringkan gol, maka orang lain yang akan jaringkan gol, itu sahaja.
"Tiada gunanya menguasai permainan, terutama dalam babak pertama, tetapi tidak menggunakan 100 peratus peluang yang ada.
"100 peratusnya (salah) Tchetche kerana dia mempunyai peluang dalam separuh masa kedua, ia seharusnya diterjemahkan gol berdasarkan kualiti yang ada padanya.
"Tetapi sehingga kini penyudahnya buntu, jadi saya sangat kecewa," kata jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim.