Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Krkic kembali perkuat Stoke

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bojan-krkic-060717.jpg
Mark Hughes bersedia membenarkan Bojan Krkic kembali menghidupkan kariernya bersama Stoke City biarpun bekas pemain Barcelona itu dilepaskan ke Mainz secara pinjaman pada Januari lalu. 

Krkic berpindah ke Bundesliga enam bulan lalu ekoran gagal merebut tempat dalam skuad utama Hughes. 

Dia menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan dalam kancah Bundesliga -- gol pembukaan ketika seri 2-2 dengan Bayern Munich -- dan pemain berusia 26 tahun itu berpeluang untuk membuktikan keupayaan di Stadium bet365, di mana dia masih lagi menjadi pemain pujaan peminat. 

"Kami semua amat menggemari Bojan dan adalah menarik bertemu dengannya pagi ini," kata Hughes kepada Stoke City+.

"Sekalipun situasi tidak memihak kepadanya pada tahun lalu, kita harus ingat bahawa ketika itu dia baru kembali daripada kecederaan serius. 

"Dalam tempoh enam bulan, saya berasakan dia berada di tempat yang sesuai untuk beraksi lebih kerap semasa peringkat kedua musim lalu. 

"Dia mempamerkan ketajaman pada awal pagi ini dan kami menyaksikan kualiti teknikal yang dimilikinya."

Selepas aksi memukau pada musim sulungnya di Stoke pada 2015, Bojan ditimpa kecederaan lutut. 

Dia telah merakamkan 15 gol dalam 60 penampilan bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu, termasuk mencipta tiga bantuan gol. 


 

Advertisement

Must Watch Video