Pertahanan PKNP FC yang berasal dari Latvia, Ritus Krjauklis, mengingatkan rakan sepasukannya agar usah cepat mendabik dada selepas memperoleh kemenangan kedua dalam saingan Liga Super memandangkan perjalanan musim ini masih panjang.
Bersama kelab yang berpangkalan di Perak itu buat musim kedua, Krjauklis menjadi satu-satunya pemain import yang masih kekal bersama pasukan.
Lega setakat ini apabila PKNP mampu mengharungi badai Liga Super biarpun tanpa nama besar dalam pasukan, Krjauklis berharap rakan sepasukannya menjadikan segala kekurangan itu sebagai satu kelebihan.
"Mempunyai nama besar atau tidak, menerusi kombinasi dengan pemain muda, ia bukan masalah besar buat kami.
"Kami cuba memberikan yang terbaik, pemain muda gigih berlatih dan pemain berpengalaman seperti saya akan terus memberikan sokongan kepada mereka.
"Kami saling bekerjasama," katanya.
Dalam aksi bertemu Kuala Lumpur, Krjauklis menjadi nadi kejayaan pasukannya selepas melakar gol pembukaan pada minit ke-65.
Mengenai sasaran bersama pasukan, dia berharap PKNP tidak sekadar hanya di zon selamat Liga Super, malah mampu melakukan lebih daripada itu.
"Kami sentiasa menampilkan usaha terbaik. Sudah tentu cabaran dalam Liga Super dan Liga Perdana berbeza, namun kami akan mengetahui di mana kedudukan sebenar kami tidak lama lagi.
"Kami sentiasa berusaha memburu tiga mata dalam setiap perlawanan," ujarnya.