Ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Marko Kraljevic, tidak mampu untuk menyembunyikan kekecewaannya selepas Kelantan gagal mencipta kemenangan kedua apabila seri 1-1 dengan Terengganu (TFC) II dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Kekecewaan pengendali kelahiran Crotia itu mudah difahami kerana TRW melepaskan peluang terbaik untuk mencipta kemenangan di gelanggang sendiri selepas mendahului melalui penyerang utama, Raul Tarragona, pada minit ke-19.
Lebih perit, TFC II hanya memerlukan dua minit sahaja untuk bangkit menyamakan kedudukan melalui pemain tengah, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle.
“Daripada lima perlawanan, empat di tempat lawan dan satu di gelanggang sendiri, tidak banyak yang saya boleh katakan mengenai pasukan ini kecuali kami kehilangan begitu banyak mata.
“Saya fikir semua orang tahu, Kelantan memerlukan lebih banyak mata. Ia bukan berlaku sekali (tercicir mata) tetapi tiga hingga empat kali dan ini menjadi masalah besar buat Kelantan,” katanya.
Kraljevic juga menggesa barisan pemainnya agar memiliki mentaliti mahu menang dan tidak mudah berputus asa jika berhasrat memenangi sebarang perlawanan.
“Apabila kami mendahului, pemain menjadi takut kerana mereka tidak mempunyai keyakinan. Keyakinan akan datang apabila kami memenangi perlawanan tersebut.
"Masalah tiada keyakinan ini tidak berlaku dalam aksi ini sahaja sebaliknya ketika menentang Sabah dan UKM FC .
“Selepas mendahului (1-0), kami benarkan lawan menjaringkan gol penyamaan dalam tempoh dua minit sahaja. Semuanya berkisar mengenai mentaliti, mereka tidak cukup kuat untuk mendapatkan gol kedua seterusnya membunuh pasukan lawan,” ujarnya.
Keputusan seri 1-1 dengan TFC II menyaksikan TRW berada di tangga kesembilan liga dengan enam mata hasil daripada satu kemenangan dan tiga kali seri.