Maurizio Sarri percaya isu perbalahannya dengan Kepa Arrizabalaga telah menjadikan Chelsea sebagai pasukan yang lebih kuat.
Kepa yang mengalami kecederaan enggan memberi laluan kepada Willy Caballero dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan Manchester City yang mengekalkan gelaran mereka menerusi penentuan penalti, 24 Februari lalu.
Penjaga gol itu memohon maaf kepada umum dan didenda gaji seminggu oleh kelab itu sebelum diturunkan oleh Sarri dalam kemenangan 2-0 Liga Perdana Inggeris (EPL) di kandang sendiri ke atas antara pesaing utama, Tottenham.
Kepa kemudian tetap dikerah dalam kemenangan ke atas Fulham hujung minggu lalu sebelum Chelsea melengkapkan tiga kemenangan dalam tiga aksi dalam kemenangan 3-0 Liga Europa yang mengagumkan ke atas Dynamo Kiev, semalam.
Sarri yakin pasukannya telah melupakan isu Kepa itu dan kini lebih bersatu serta menuntut mereka mengekalkan prestasi semasa apabila berdepan Wolves di Stamford Bridge, esok.
"Bagi saya, perlawanan final menentang Manchester City yang lalu memang penting kerana dua minggu sebelum itu, kami tewas di Manchester (kalah 0-6)," kata Sarri.
"Namun, dalam tempoh dua minggu, barisan pemain saya mampu menampilkan tahap yang sama dengan City, jadi ia sangat penting untuk keyakinan kami.
"Saya fikir pada akhirnya, situasi Kepa adalah satu perkara yang baik buat kami. Dalam lima perlawanan terakhir, kami memenangi empat perlawanan manakala seri dengan Manchester City.
"Dalam tempoh itu, kami hanya melepaskan satu gol. Oleh itu, keadaan kami ketika ini bertambah baik dalam soal konsistensi dan kekukuhan benteng.
"Begitupun, kami perlu berhati-hati kerana pada masa lalu, kami mempunyai tempoh masa yang panjang dan kemudian secara tiba-tiba, kami berdepan bencana dalam tempoh dua minggu."
Chelsea menduduki tangga keenam EPL tetapi hanya dua mata di belakang pasukan di tangga keempat, Manchester United, dengan kelebihan satu perlawanan di dalam tangan dan Sarri sedar pasukannya berada dalam kedudukan yang baik untuk kembali bersaing dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.
"Saya fikir kami memiliki dua peluang besar -- perlawanan ini dan menentang Brighton & Hove Albion," kata Sarri tatkala Arsenal dan United akan berentap di Stadium Emirates, awal pagi Isnin ini.
"Tetapi, saya fikir kami akan berjuang untuk merebut empat teratas sehingga perlawanan terakhir musim ini. Setiap perlawanan akan menjadi getir buat masa depan kami."