Skip to main content

Bola Sepak

Kontrak baru Messi lambang perpaduan Barca

messi-170617.jpg
Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, berkata dia sentiasa menjangkakan Lionel Messi akan memperbaharui kontraknya dan mahu bintang utamanya itu mengakhiri kariernya di Camp Nou.

Messi telah bersetuju menandatangani kontrak baru selama empat tahun bersama gergasi Catalan itu, sekaligus akan kekal sehingga 2021. 

Adalah mengejutkan buat pemenang Anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu untuk angkat kaki dari kelab yang menganggapnya sebagai pemain terulung. 

Bartomeu tidak gusar mengenai tawaran daripada pencabar lain ketika rundingan lanjutan itu sedang berlangsung. 

"Secara peribadi, saya sentiasa yakin dia akan memperbaharui kontraknya selama empat tahun lagi," katanya. 

"Ini berita baik bukan sahaja kepada penyokong Barca, malah kepada dunia bola sepak.

"Leo Messi merupakan salah satu kisah tentang kesetiaan dan komitmen. Dia merupakan pemain terulung dalam sejarah bola sepak dan sudah bersama Barca sejak berumur 13 tahun. Dan kisah ini berterusan.

"Dengan menandatangani kontrak selama empat tahun lagi, ia menunjukkan semua hal di sini sedang berjalan dan akan berjalan dengan lancar. Kami gembira bagi pihaknya dan keluarga Barca."

Dalam masa sama, Bartomeu mahu mengekalkan trio 'MSN' -- Messi, (Luis) Suarez, Neymar -- dengan mengikat mereka lebih lama lagi. 

"Kami sudah memperbaharui kontrak Neymar dan Suarez, bukan mudah untuk meyakinkan pemain berkualiti seperti itu dalam dunia bola sepak moden yang penuh kompetitif.

"Banyak kelab memburu pemain bintang kami tetapi mereka mahu kekal dan menikmati era penuh kejayaan ini.

"Leo Messi sentiasa mengatakan dia mahu menamatkan karier profesionalnya di Barca dan kontrak ini mencerminkan segala-galanya. 

"Ia memberi mesej mengenai perpaduan di antara Messi dan Barca."

Advertisement

Must Watch Video