Skip to main content

Bola Sepak

Kongres KLFA jadi tanda tanya susulan siasatan SPRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klfa-abdullah-sani.jpg
Status Kongres Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) kali ke-35, yang dijadualkan berlangsung pada 7 September ini, masih menjadi tanda tanya berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap persatuan itu.

Jelas Pemangku Presiden KLFA, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, hala tuju Kongres KLFA hanya akan terjawab selepas siasatan SPRM, yang telah bermula sejak semalam dan dijangka selesai dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

Pemilihan barisan kepimpinan baru KLFA dalam kongres itu akan kekal memilih seorang presiden, dua timbalan presiden, empat naib presiden dan 10 ahli jawatankuasa.

Terdahulu, dua nama besar yang diuar-uarkan bakal merebut jawatan presiden KLFA, ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Abdullah Sani berkata kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi: "Siasatan dalam tempoh 14 hari dan sebenarnya, pada 7 September itu sudah 10 hari, jadi hanya kurang empat hari.

"Tetapi ia sebelum 14 dan sekiranya sudah ada satu keputusan, kami akan memohon SPRM untuk menjadi saksi di antara peguam dan audit untuk membuka kotak ini sebagai barang bukti agar tidak berlaku sebarang percanggahan.

"Apabila mereka lihat ada bukti, dan mereka mengesahkan tiada kes, jadi tiada kes lah.

"Sekiranya ada, kami akan tangguhkan (kongres) untuk kami mengambil tindakan.

"Saya percaya ia tidak akan menjadi masalah dan saya ramalkan akan ada pertandingan kerana minat terhadapnya terlalu menggunung," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video