Ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany, mencabar rakan sepasukannya agar memberikan cabaran dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.
Pendahulu Liga Perdana itu mengalihkan perhatian mereka kepada saingan Eropah dalam kunjungan ke Basel, awal pagi esok.
Kompany, yang telah memenangi setiap kejuaraan domestik, mengakui The Citizens masih terkial-kial di pentas Eropah.
Ini adalah kempen ketujuh City dalam UCL dan mereka hanya melepasi pusingan 16 sekali -- tewas dalam separuh akhir kepada sang juara, Real Madrid, pada 2016 -- begitupun persembahan mereka di bawah Pep Guardiola musim ini membuatkan mereka dianggap sebagai salah satu pencabar utama.
"Kami tidak mempunyai pengalaman," kata pemain berusia 31 tahun itu. "Kami dihukum pada masa-masa tertentu.
"Tetapi, semuanya telah berubah, jika ada detik terbaik, maka inilah masanya.
"Saya tidak mahu mengatakan ia hanya menunggu masa yang tepat kerana sesetengah kelab tidak pernah memenanginya.
"Namun, jika setiap tahun kami boleh turun dengan keyakinan ini, maka jika tidak tahun ini atau tahun depan, lambat-laun kami pasti akan sampai di puncak sana. Sudah pasti.
"Bercakap mengenai hal ini dan mengusahakannya adalah sesuatu yang berbeza. Tahun terdahulu, kami berasakan ia sangat sukar dilakukan.
"Kami cuba memecah dominasi -- Barcelona, Bayern, Real Madrid -- mana-mana pasukan yang mencubanya telah gagal.
"Begitupun, ini adalah yang pertama untuk Basel, kami berpeluang untuk mengukur kemampuan diri dan berasakan mampu menumpaskan mereka," hujahnya.