Skip to main content

Bola Sepak

Kompany hampiri kemunculan semula bersama City

guardiola-ready-to-take-kompany-risk-.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, sedar dia sedang mengambil risiko dengan menurunkan pemain pertahanan, Vincent Kompany.

Kompany, 30, terus dibelenggu kecederaan musim ini sejak diketepikan akibat masalah lutut pada November lalu. 

Pemain antarabangsa Beligum itu hampir kembali beraksi dan berpeluang diturunkan dalam pertemuan dengan Crystal Palace dalam aksi Piala FA hari ini. 

"Lambat-laun, kami terpaksa mengambil risiko," kata Guardiola. 

"Dia akan bermain dalam perlawanan seterusnya. Saya tidak pasti esok (hari ini) atau perlawanan seterusnya. Tapi mungkin perlawanan seterusnya, dia akan cuba beraksi."

Kompany hanya tampil dalam lima perlawanan sepanjang musim ini selepas beraksi dalam 22 perlawanan musim lalu. 

Guardiola berkata dia gembira pemain pertahanan itu dapat kembali dan sihat tanpa mengira detik kemunculannya. 

"Dia cergas. Itu perkara paling mustahak. Dia sudah lama berlatih dan berasa sihat," katanya. 

"Faktor seterusnya adalah sudah lama dia tidak beraksi dan kami akan memantau keadaannya dan bagaimana rentak permainan kami.

"Dia berpengalaman luas dan saya berpendapat dia mampu untuk menanganinya secepat mungkin. 

"Keadaan fizikalnya penting. Dia tidak lagi tercedera pada bulan lalu dan ia merupakan perkembangan menarik buat kami," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video