LIGUE 1
Komboure: Dijon sedia batalkan perlawanan kerana ejekan perkauman
DIJON 0 AMIENS 0
Ketua jurulatih Dijon, Antoine Kombouare, berkata perlawanan Ligue 1 di antara pasukannya dan Amiens di Stadium Gaston-Gerard awal pagi tadi perlu ditamatkan sekiranya ejekan perkauman yang ditujukan kepada pertahanan lawan, Prince-Desir Gouano, terus berulang.
Keputusan 0-0 di Gijon itu dihentikan buat sementara selepas Guano mendakwa mendengar ejekan yang tidak sepatutnya daripada tempat duduk penyokong tuan rumah.
Iklan
Guano menghampiri penyokong Dijon itu ketika mengambil sepakan penjuru pada lewat permainan dan kapten Amiens tersebut melabel insiden itu -- yang turut mendorong kepada tambahan empat minit masa kecederaan -- sebagai seusatu yang tidak dapat diterima.
Selepas Ligue de Football Professionnel (LFP) mengutuk tindakan perkauman itu dengan mendakwa beberapa penangkapan telah dilakukan, Kombouare meluahkan perasaan marahnya terhadap insiden itu.
"Jawapan yang betul sudah diterima apabila si bodoh itu ditangkap.
"Ia bagus. Kami sudah berbincang dengan pengadil andai ia berlaku sekali lagi, tanpa memikirkan sebarang akibat, kami akan menghentikan perlawanan ini.
"Ia perkara yang serius dan tidak boleh wujud. Malangnya, ia berlaku.
"Dan sudah pasti saya amat bersedih terhadap apa yang menimpa Prince Gouano. Dia menjadi mangsa," katanya.
Pengendali Amiens, Christophe Pelissier, menambah: "Kami amat terkejut. Kesemua kami terkejut.
"Sudah pasti kami tidak mendengar apa-apa daripada bangku pemain.
"Prince memberitahu kami apa yang berlaku.
"Perkara seperti itu tidak boleh berlaku di stadium pada 2019.
"Agak bernasib baik apabila pihak pengawal keselamatan menjalankan tugas mereka dengan baik.
"Ia berita baik.
"Kami turun ke stadium untuk bergembira dan menikmati bola sepak, bukan untuk mendengar perkara itu dan melihat tingkah laku seperti itu.
"Ia bukan sahaja kerana ia melibatkan kapten kami, Prince Gouano, tetapi ia boleh berlaku kepada pemain Gijon juga.
"Ia sememangnya tidak dapat diterima," tegasnya lagi.
Must-Watch Video