SOUTHAMPTON 0 LIVERPOOL 2
Dua gol hasil kerjasama Mohamed Salah dan Roberto Firmino membutirkan kemenangan buat Liverpool apabila membenam Southampton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St Mary, awal pagi tadi.
Setelah diikat seri 2-2 pada minit-minit akhir dalam aksi terdahulu menentang Tottenham Hotspur, skuad kendalian Jurgen Klopp itu membuktikan mereka dahagakan tiga mata apabila mencetak gol pembukaan seawal minit keenam.
Hantaran jauh daripada Alex Oxlade-Chamberlain membolehkan Salah yang melakukan larian pantas membuka ruang buat Firmino untuk melepaskan rembatan kaki kiri dari jarak dekat menewaskan Alex McCarthy.
Tuan rumah berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-18 menerusi pemain tengah, Pierre-Emile Hojbjerg, namun percubaan bintang Denmark itu pantas diselamatkan Loris Karius.
Sebaliknya, pelawat menambah gol kedua pada minit ke-42 untuk menjarakkan kedudukan dan kali ini giliran Salah meletakkan nama dalam senarai penjaring.
Pemain sayap Mesir itu melakukan gerakan dari depan kotak penalti sebelum menolak bola kepada Firmino. Bekas pemain Hoffenheim itu bijak memusingkan badan untuk mencipta gerakan hantaran satu dua, membolehkan Salah tenang melepaskan percubaan menewaskan McCarthy buat kali kedua.
Babak kedua menyaksikan penguasaan penuh Liverpool dan Salah berpeluang menambah jaringan kedua peribadi pada minit ke-70 hasil bola muntah percubaan Sadio Mane, namun tindakan susulan bekas pemain sayap AS Roma itu sekadar ke tepi gawang.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan, membolehkan The Kop memintas Spurs di tangga ketiga liga dengan 54 mata, dua mata di belakang pasukan tangga kedua, Manchester United, dan dibezakan 18 mata dengan pendahulu, Manchester City.