Penaung KL Women Super League (KLWSL), Nik Nazmi Nik Ahmad, akan mempertimbangkan kemasukan beberapa pasukan dari negara jiran bagi memastikan saingan liga wanita menjadi lebih kompetitif pada musim hadapan.

"Ia satu perkara yang kami impikan tapi sudah tentu komitmen penaja amat penting.

"Untuk luaskan penyertaan, kami perlu tingkatkan hadiah dan kos penganjuran yang lebih besar.

"Minat daripada segi penajaan dan penonton semakin baik, mungkin tahun depan kami dapat jemput pasukan-pasukan dari luar," katanya.

Bagi Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali, penganjuran kejohanan sebegini diharap berterusan pada masa hadapan supaya negara mampu melahirkan barisan pemain yang memberi saingan kepada negara ASEAN yang lain.

"Ada potensi, ada beberapa pemain yang boleh bermain, ada teknik termasuk kawalan bola.

"Kalau ada kejohanan kompetitif yang lebih banyak, mereka dapat bentuk permainan, kematangan dan teknik yang lebih baik.






"Kapten Spicegirls mempunyai teknik dan berkemampuan mengawal bahagian tengah.

"Saya tertarik dengan corak permainannya," katanya.

Sementara itu, perlawanan akhir di antara Spicegals dan PJKita berlangsung sengit yang menyaksikan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan dan ditentukan menerusi sepakan penalti sebelum akhirnya Spicegals menoktahkan kemenangan 6-5.


"Barisan kejurulatihan banyak membantu kerana tanpa mereka berdua, Spicegirls tidak mungkin dapat sampai ke sini," kata ketua jurulatih, Ramadan Ramli.

Menurut Ratu perlawanan akhir KLWSL, Jaciah Jumilis:" Sepakan penalti memang mendebarkan dan kami perlu kawal tekanan itu.

"Pemain akhirnya buat yang terbaik."