Jurgen Klopp mungkin akan menambah pemain baru sebelum jendela perpindahan ditutup tetapi menegaskan Liverpool telah memiliki aset yang tidak dapat dibeli dengan wang.
The Reds mendatangkan pertahanan tengah, Ibrahima Konate, daripada RB Leipzig selepas bergelut dengan kecederaan pemain di posisi itu sepanjang musim lalu.
Terdapat juga spekulasi bahawa Liverpool akan menambah seorang lagi pemain tengah -- Florian Neuhaus dan Saul Niguez antara yang dikaitkan -- selain mungkin melepaskan beberapa pemain sedia ada.
Bagaimanapun, beberapa pasukan elit Liga Perdana Inggeris (EPL) lain juga agak sibuk dalam jendela perpindahan kali ini, di mana Manchester City dan Manchester United telah menandatangani beberapa nama besar sambil Chelsea juga dilaporkan sedang melengkapkan perpindahan Romelu Lukaku daripada Inter Milan.
Klopp, selepas terikat 1-1 dengan Athletic Bilbao dalam perlawanan persahabatan lewat malam tadi, menjelaskan bahawa pasukannya mungkin akan mendatangkan pemain baru di Anfield walaupun kelab itu sudah mempunyai aset terbaik bagi menyaingi seteru lain.
"Saya amat gembira dengan pasukan ini.
"Ia tidak bermakna kami akan mengabaikan baki jendela perpindahan. Tetapi selagi tiada apa berlaku, saya lebih daripada gembira dengan pasukan yang saya ada, lebih daripada gembira dengan pemain yang saya ada.
"Kami mempunyai banyak benda yang anda tidak boleh beli: anda tidak boleh beli tekanan, anda tidak boleh beli serangan balas, anda tidak boleh beli suasananya, anda tidak boleh beli kebersamaan, anda tidak boleh beli suasanna yang kami ciptakan di stadium, anda tidak boleh beli Anfield, anda tidak boleh beli lagu tema kami, anda tidak boleh beli banyak perkara. Dan amat jelas perkara seperti itulah yang kami perlu gunakan.
"Jelas terdapat perbezaan daripada segi pendekatan di luar sana dan kami tiada sebarang kawalan dengan perkara seperti itu. Situasinya seperti itu.
"Kami mempunyai skuad yang besar dan masih ada kemungkinan untuk sesuatu berlaku sebelum tamat jendela perpindahan tetapi saya tidak boleh bercakap mengenainya buat masa ini," katanya.

It feels good to be able to say this again...
— Liverpool FC (@LFC) August 8, 2021
Thank you for your incredible support inside Anfield today Reds! ?? pic.twitter.com/o4P1Zj7M8D