Skip to main content

Bola Sepak

Klopp tidak terkejut persembahan cemerlang Elliot

harvey.jpg
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, berkata dia tidak terkejut dengan persembahan 'cemerlang' dipamerkan Harvey Elliott ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Burnley.



Pemain tengah berusia 18 tahun itu, yang dipinjamkan ke Blackburn musim lalu, disenaraikan dalam kesebelasan utama buat pertama aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) oleh Klopp di Anfield semalam.

Aksi yang berjaya menarik perhatian ramai ketika terlibat dalam menghasilkan jaringan kedua The Reds, yang disempurnakan oleh Sadio Mane pada minit ke-69, selepas lorongan buat jaringan Mohamed Salah dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid selepas disahkan VAR.



Klopp, yang menyaksikan pasukannya mendahului menerusi tandukan Diogo Jota pada minit ke-18, berkata, "Semua orang mahu bercakap dengan saya mengenai Harvey dan saya sangat memahaminya, apabila seorang pemain berusia 18 tahun bermain dengan sangat matang, saya dapat memahami bahawa semua orang bertanya.

"Tetapi saya tidak terkejut dia dengan cara dia bermain. Itulah bagaimana dia berlatih sekarang selama enam atau tujuh minggu sejak kembali bersama pasukan, sejak dia kembali dari pinjaman. Amat bagus sekali."
   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video