LIVERPOOL 0 SOUTHAMPTON 0
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berasakan terdapat faktor lain yang menjadi punca mereka seri tanpa jaringan dengan Southampton di Anfield, semalam.
Pasukan tuan rumah terpaksa berdepan Southampton yang menggunakan pendekatan bertahan sepanjang perlawanan, namun memiliki peluang untuk mendahului perlawanan apabila bola terkena tangan pertahanan, Jack Stephens, di dalam kotak penalti.
Seperti biasa, tanggungjawab diambil oleh James Milner untuk mengambil sepakan penalti, namun penjaga gol lawan, Fraser Forster, berjaya membaca arah pergerakan sepakannya.
Kali terakhir bekas pemain kebangsaan England, Milner, gagal melunaskan sepakan penalti dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah pada November 2009 manakala musim ini sahaja dia telah menjaringkan tujuh gol menerusi tujuh percubaan.
Pemain berpengalaman itu bertanggungjawab di atas harapan Liverpool untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara (UCL), namun Klopp enggan terburu-buru untuk menuding jari kepadanya.
"Dia tidak sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri -- inilah bola sepak," katanya.
"Jika dia menyempurnakan sepakan tersebut, ia secara tidak langsung membantu mencapai sasaran pasukan."
Sesungguhnya, Klopp dan pemain-pemainnya telah dikecewakan oleh pasukan lawan yang memilih untuk bertahan.
"Saya berasakan kami mampu mencari kemenangan (berdasarkan prestasi Liverpool) tetapi Southampton tidak mempamerkan kualiti mereka yang sebenar.
"Saya berpuas hati dengan persembahan pertahanan kami kerana pasukan lawan tidak menghasilkan sebarang peluang.
"Berdepan 10 pertahanan adalah sesuatu yang sangat sukar. Kami mampu menjaringkan gol jika diberikan ruang.
"Segala-galanya belum berakhir. Kami masih memiliki beberapa perlawanan lagi. Kami akan berkunjung ke West Ham dan cuba memberikan yang terbaik."