Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak mahu mengambil kisah dengan apa yang dilakukan Jose Mourinho bersama Manchester United selepas The Kop dilihat agak perlahan ketika jendela perpindahan dibuka.
Berbanding United yang mendapatkan penyerang utama Belgium, Romelu Lukaku, dan Victor Lindelof dari Benfica, Klopp hanya berjaya menandatangani pemain-pemain muda seperti Dominic Solanke dan Andrew Robertson serta Mohamed Salah dari AS Roma.
Bagaimanapun, pengendali berusia 50 tahun itu tidak mahu mengambil tahu perkembangan seteru utamanya itu walaupun jika Mourinho memulakan sebarang perdebatan.
“Saya tidak berminat kerana tiada sebab untuk saya bercakap mengenai Manchester United.
“Kami melalui musim yang sama seperti apa yang United hadapi pada musim lepas dan saya tidak pasti jika ada orang yang bertanya bagaimana perasaannya,” kata Klopp.
Perpindahan musim panas Liverpool tampak suram selepas gagal mendapatkan pertahanan, Virgil Van Dijk, dari Southampton serta pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita.
Bagi Klopp, itu tidak menjadi masalah, sebaliknya mahu fokus terhadap skuad yang dimilikinya sekarang.
“Setiap musim, orang ramai akan lebih berminat untuk bercakap mengenai jendela perpindahan berbanding liga itu sendiri.
“Kami membuktikan sebelum ini bahawa kami sentiasa mahu membawa masuk pemain-pemain hebat,contohnya Georginio Wijnaldum pada musim lepas,” ujarnya.
“Begitu juga dengan Sadio Mane dan Joel Matip tetapi orang lebih suka bercakap mengenai Zlatan Ibrahimovic, Lukaku dan lain-lain, membuatkan saya sendiri tidak memahaminya,” tambahnya.
Liverpool bakal memulakan saingan liga musim 2017/18 menentang Watford pada 12 Ogos ini di tempat lawan.

? Klopp: "After a season there is a summer break & everybody starts feeling that the transfer window is more interesting than the league." pic.twitter.com/McVNjFh0up
— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) July 24, 2017