LIVERPOOL 1 CHELSEA 2
Jurgen Klopp mengkritik keputusan getir yang dibuat oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) ketika Liverpool kalah 1-2 di laman sendiri kepada Chelsea dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.
Liverpool berada di landasan tepat untuk memenangi perlawanan kelapan pada musim 2018-19 hasil sentuhan penyudah akrobatik Daniel Sturridge.
Bagaimanapun, Eden Hazard tampil dari bangku simpanan untuk memberi inspirasi kepada kebangkitan dramatik Chelsea dengan merakamkan dua gol dalam tempoh 11 minit terakhir perlawanan di Anfield.
Emerson Palmieri menyumbat gol penyamaan sebelum gol solo fenomena daripada Hazard menempah laluan Chelsea ke pusingan 16.
Jaringan penyamaan The Blues itu dianalisis panjang menerusi VAR bagi menentukan ofsaid dan Klopp juga tidak bersetuju dengan keputusan menyalahkan Naby Keita di atas kekasarannya terhadap Victor Moses dalam gerakan tersebut.
"Akan ada banyak perbincangan mengenai VAR, ia tidak sempurna -- ofsaid, sepakan percuma untuk gol pertama," kata Klopp kepada Sky Sports.
"Pemain mengeluarkan bola, termasuk kad kuning juga, pengadil garisan berada di kedudukan yang baik dan ia bukannya sepakan percuma.
"Saya tidak dapat melihatnya dengan lebih baik daripada pengadil tetapi selepas itu, saya berasakan jaringan pertama adalah ofsaid, mungkin VAR tidak dapat melihatnya sebagai pengadil.
"Tetapi, tiga pemain di kedudukan ofsaid, dua ofsaid sudah pasti dan mereka menghalang pandangan itu supaya ia memberi kesan.
"(Ross) Barkley -- tidak banyak -- tetapi dia di kedudukan ofsaid, mereka melihatnya dan tidak fikir ia adalah ofsaid, jadi kita perlu menerimanya."
Walaupun kecewa dengan penggunaan VAR, Klopp berasakan Liverpool sepatutnya membunuh perlawanan itu dengan satu percubaan Sturridge menggegar palang.
"Kami mempunyai peluang untuk menamatkannya," kata Klopp, dengan Liverpool dijangka berkunjung ke Stamford Bridge untuk aksi Liga Perdana, Sabtu ini.
"Percubaan kami menggegar palang dan kami mencipta beberapa peluang menarik tetapi mereka menjaringkan dua gol dan kami hanya menjaringkan satu gol.
"Kami tahu bagaimana Chelsea mahu bermain tetapi kami memberikan ruang yang terlalu banyak dan tidak cukup padat. Kami masih mempunyai peluang yang lebih cerah pada babak pertama.
"Ini persiapan yang baik untuk perlawanan Sabtu nanti tetapi kami perlu bertahan dengan lebih baik."