Jurgen Klopp memuji kesabaran dan keinginan yang ditunjukkan oleh Liverpool semasa merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Brentford.
Jaringan daripada Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino membantu The Reds melintasi Chelsea ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).
Walaupun menikmati penguasaan bola sebanyak 74 peratus dan mencatatkan 12 percubaan dalam separuh masa pertama, pasukan kendalian Klopp terpaksa bersabar untuk mencari jalan menembusi benteng lawan di Anfield.
Ia terhasil sebelum tamat separuh masa pertama apabila Fabinho menanduk masuk sepakan sudut Trent Alexander-Arnold, kemudian menggunakan kelebihan dengan mendapatkan dua jaringan dalam tempoh lapan minit untuk meraih tiga mata.
Klopp berpuas hati dengan cara pemain-pemainnya berjaya menyesuaikan diri dengan cabaran ditampilkan The Bees.
"Ia amat tidak selesa untuk bermain menentang Brentford, sejujurnya," kata Klopp kepada BBC Sport. “Mereka biasanya bermain secara berbeza, tetapi cara mereka menentang kami adalah sangat sukar.
“Terdapat begitu banyak detik di mana bola di udara dan ketika ia berada di atas tanah, kami terpaksa mula bermain bola sepak.
"Ia tidak selalu lancar, tetapi begitulah selalunya -- kami meraih jaringan menerusi situasi bola mati. Begitulah hari ini. Kami mungkin menjaringkan gol sebelum ini, tetapi kemudian dua gol seterusnya cukup baik.
"Anda perlukan kesabaran. Anda tidak boleh hilang fokus sepanjang perlawanan. Anda perlu kekal dengan keinginan walaupun anda tidak menemui hala tuju.Kami benar-benar mengawal permainan pada separuh masa kedua."

????. pic.twitter.com/5XQnP9YcLW
— Liverpool FC (@LFC) January 16, 2022