Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan pasukannya mempunyai motivasi yang cukup untuk mengalahkan Chelsea tanpa berbincang mengenai perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Jurulatih kelahiran Jerman itu menyaksikan skuadnya mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan, tergelincir ke tangga keempat dalam liga dan berada 10 mata di belakang pendahulu, Chelsea.
Walaupun sekiranya kekalahan di Anfield awal pagi nanti mungkin menamatkan harapan tipis Liverpool dalam perebutan gelaran EPL, Klopp berkata ia bukan motivasi tambahan untuk pasukannya.
"Jika kami tujuh (mata) di belakang Chelsea, kami tidak boleh mengatakan, 'Sekarang kami mara ke arah gelaran'. Mereka mungkin memenangi baki perlawanan," katanya.
"Jika (mereka) tujuh mata di hadapan kami, maka ia akan menjadi lima mata untuk Arsenal atau sesiapa. Jurang itu jelas akan membuat liga sedikit lebih menarik bagi banyak pihak.
"Tetapi kami perlukan mata. Itu sahaja. Kami tidak boleh membuang masa atau mata lagi. Kami tidak pernah mahu. Ia bukan untuk mengatakan bahawa kami tidak boleh mengejar mereka. Tetapi itu tidak memberi makna apa-apa.
"Kami mahukan ketiga-tiga mata dan itu sudah cukup untuk memberi motivasi tinggi, yang paling tinggi."
Selepas mengalami kekalahan mengejut di laman sendiri kepada Swansea City, Liverpool kemudiannya mengalami kekalahan dalam Piala EFL dan Piala FA, masing-masing di tangan Southampton dan Wolves di Anfield.
Tetapi Klopp berminat untuk bangkit daripada prestasi merosot itu dengan mengekalkan kepercayaan terhadap kemampuan pemainnya.
"Perlawanan ini adalah satu cabaran besar bagi kami tetapi dengan bantuan semua pemain, kami boleh menjadi pencabar sebenar.
"Saya tidak kehilangan kepercayaan terhadap pemain. Saya melihat masalah, saya tahu tentang masalah dan saya tidak suka masalah tetapi saya tidak selalu boleh menyelesaikan masalah sebelum kami mempunyainya," katanya.