Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berpesan kepada pasukannya agar mengekalkan kemarahan untuk mengekalkan prestasi baik mereka, seterusnya memberi motivasi kepada mereka untuk perebutan kedudukan empat teratas.
Kemenangan 4-1 ke atas West Ham dalam aksi Liga Perdana kelmarin menyaksikan skuad bimbingan Klopp itu melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada lima perlawanan.
Pasukannya kini di tangga ketiga dengan kelebihan empat mata ke atas pasukan di tangga kelima, Chelsea, dan Klopp menggesa Liverpool untuk mengekalkan gaya agresif.
"Ketika ini, kami perlu untuk terus marah dengan seluruh dunia, kami perlu kekal agresif," kata pengurus berbangsa Jerman itu.
"Sesekali anda akan kalah kalau anda menang sepanjang masa. Kami tidak menang sepanjang masa tetapi melakukan dalam dua, tiga atau empat minggu berturut-turut.
"Adalah sukar untuk memenangi perlawanan yang kelima, untuk kekal dalam prestasi dan meneruskannya.
"Kita semua tahu jika kami kalah kepada Newcastle (pada Sabtu nanti), kami akan berdiri di sini dan bercakap dengan nada berbeza, kami perlu meneruskan usaha."
Liverpool mempunyai kawalan dalam perlawanan baru-baru ini menerusi kemenangan di Porto, Southampton dan Huddersfield Town.
Bagaimanapun, Klopp memberi amaran kepada pasukannya untuk tidak kehilangan kelebihan mereka apabila bakal bertandang ke Manchester United pada 10 Mac nanti.
"Anda melalui tempoh yang baik, anda perlu meneruskannya -- itu perkara paling sukar untuk dilakukan," kata Klopp.
"Apabila matahari bersinar, anda mempunyai prestasi yang baik dan anda perlu berdepan dengan media seperti LFC TV dan sebagainya.
"Mereka semua begitu positif, kemudian kami mula melakukan perkara-perkara lucu sehingga menjadikan anda kehilangan rentak."