Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Klopp: Lovren perlu pamer aksi konsisten

dejan-lovren-and-jurgen-klopp.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yakin dengan kebolehan Dejan Lovren untuk dianggap sebagai salah seorang pertahanan terbaik dunia.

Lovren menjadi perbualan hangat dunia bola sepak selepas dia mendakwa dirinya berhak berdiri sebagai salah seorang pemain terbaik dalam posisinya.

Pemain berusia 29 tahun itu mengambil pencapaian Liverpool mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) dan menempah  aksi final Piala Dunia bersama Croatia sebagai bukti kebolehannya.

Klopp menilai pertahanannya itu dan mengakui status sebagai pertahanan terbaik itu bukan sesuatu yang digelar oleh dirinya sendiri.

"Ya, tetapi ia akan menjadi lebih baik jika orang lain mengatakan kepadanya tetapi penilaian dirinya itu betul," kata Klopp.

"Jika anda meneliti perlawanan Croatia, mereka tidak memiliki pertahanan bertaraf dunia tetapi mereka kurang dibolosi.

"Ivan Rakitic, Marcelo Brozovic, dan Luka Modric bertindak cemerlang memastikan pasukan menyerang dengan berkesan manakala Lovren mengawal ketat bahagian pertahanan.

"Lovren membantu Liverpool mara ke final UCL dan tiga tahun lalu, dia membantu pasukan ke final Liga Europa.

"Dia tampil bermain dengan baik dalam Piala Dunia tetapi aksi yang konsisten adalah lebih penting," ujarnya.

Sementara itu, Klopp mengesahkan pemain terbaru Reds, Xherdan Shaqiri, akan menyertai rakan sepasukan dalam jejalah ke Piala Juara-Juara Antarabangsa untuk perlawanan berdepan Borussia Dortmund, Manchester City dan Manchester United.
 

Advertisement

Must Watch Video