Jurgen Klopp menegaskan bahawa Liverpool belum bersedia untuk bermain "monopoli" dalam jendela perpindahan bulan ini selepas menandatangani Cody Gakpo.
The Reds bertindak pantas mendapatkan bintang Belanda yang mewakili PSV itu menerusi perjanjian yang dilaporkan akan menelan belanja sekitar £37 juta (RM196.8j).
Liverpool mengesahkan kedatangan Gakpo sebelum jendela perpindahan dibuka dan pemain berusia 23 tahun itu menjadi penonton dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester City bagi pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, kelmarin.
Klopp berulang kali menyatakan kelab Merseyside itu belum bersedia untuk berbelanja sewenang-wenangnya dan pengurus The Reds tersebut menegaskan bahawa pendirian berkenaan tidak pernah berubah.
Dia berkata sebelum kunjungan ke Brentford awal pagi esok: "Saya menjawat tugas ini lebih dari tujuh tahun dan langkah dalam setiap jendela perpindahan juga masih sama. Kami bercakap tentang perkara ini seolah-olah wang tidak akan memainkan apa-apa peranan.
“Saya tidak mahu menghampakan sesiapa tetapi kami telah menandatangani seorang pemain yang hebat iaitu Cody Gakpo, kemudian perkara seterusnya yang anda terbaca ialah ‘siapa seterusnya?’.
"Sejujurnya, kami tidak mampu bermain seperti monopoli. Sudah tentu kami tidak boleh sekadar berbelanja. Ia adalah sebahagian besar daripada falsafah saya, menerapkan sepenuhnya kepercayaan menerusi pemain yang kami ada dan tidak sentiasa mempersoalkan mereka dengan memberitahu pemain bahawa kami memerlukan tonggak lain untuk posisi mereka.
"Saya fikir dengan tindakan memancing Cody adalah jelas, bukan sahaja kerana kekosongan yang kami ada malah kualiti yang dia sendiri ada, ia hadir pada masa yang tepat. Jika kita menunggu musim panas maka harganya pasti lebih mahal atau orang lain akan membelinya.
"Dia berpotensi besar dan adalah masuk akal untuk mendapatkannya berdasarkan corak permainannya; kami akan mengharungi banyak perlawanan.
"Jelas sekali anda perlu membawa pemain kualiti dalam semua posisi. Anda memerlukan dua set pasukan di tahap yang sama yang boleh digilirkan, jadi itulah yang kami cuba lakukan.
"Tetapi orang ramai terkejut apabila saya kemudian berkata kami tidak akan 'menabur duit'. Sekali lagi, jika ada sesuatu yang boleh kami lakukan ke atas pemain termasuk situasi kewangan yang tepat maka kami akan melakukannya. Jika tidak, kami tidak akan melakukannya."

Cody at Anfield ? pic.twitter.com/jDsX98uGFb
— Liverpool FC (@LFC) December 30, 2022