Skip to main content

Bola Sepak

Klopp khuatir dengan keadaan Salah

mohamedsalah.jpg

Liverpool akan menilai kecederaan yang dialami Mohamed Salah selepas digantikan pada separuh masa kedua aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) yang berkesudahan menang 3-0 ke atas Manchester City, awal pagi tadi

Salah cemerlang pada pembukaan aksi di Anfield, dengan membuka jaringan pada minit ke-12 serta melakukan hantaran untuk jaringan buat Sadio Mane menyempurnakan kemenangan Liverpool dan selangkah untuk ke separuh akhir.

Bagaimanapun, kelibat Salah untuk aksi berdepan Everton dan timbal balik di Manchester menjadi tanda tanya walaupun kecederaannya kelihatan tidak begitu serius.

"Buat masa ini, keadaan Salah akan dinilai secara terperinci dan berharap kecederaan dialaminya tidak begitu serius," kata Klopp.

Asakan dipamerkan Liverpool yang diketuai oleh Salah sudah dijangkan dalam aksi ini tetapi Klopp berpuas hati dengan permainan bertahan pasukannya selepas memastikan tiada percubaan tepat ke arah pintu gol daripada City.

"Mereka tidak bermain dengan teruk, mereka hanya gagal untuk menghasilkan jumlah percubaan seperti aksi-aksi sebelum ini kerana kami bertahan dengan baik," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video