Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap penyerang bintang, Mohamed Salah, dapat meneruskan pencapaiannya selepas menyudahkan 30 gol untuk musim ini.
Jaringan terbaru Salah membantu Liverpool menewaskan Porto 5-0 ketika Sadio Mane melakukan hatrik dan Roberto Firmino turut meledak dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Estadio do Dragao, awal pagi tadi.
Bintang Mesir itu menjadi pemain kedua terpantas mencapai 30 gol untuk Liverpool (dalam 36 perlawanan) selepas George Allan.
Dan Klopp berharap akan ada lebih banyak lagi daripada Salah yang menyinar sejak tiba dari Roma pada luar musim.
"Dia mempunyai musim yang baik, saya menyedari hal itu. Tetapi sudah tentu ia sangat penting bagi kami," katanya dalam sidang akhbar.
"Saya fikir setiap golnya adalah jaringan kemenangan dan ia sangat penting. Kami bercakap mengenai Mo dalam beberapa minggu lalu. Sudah tentu kami layak menang. Jelas, Sadio bangkit hari ini dan Roberto berada di sana sekali lagi selepas melakukan usaha keras.
"Ia sangat baik. Ox (Alex Oxlade-Chamberlain) juga jelas bagus. Tahniah tetapi dia (Salah) tidak akan berhenti," tambahnya.