Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, percaya penyerang, Roberto Firmino, mendapat lebih banyak penghargaan sejak Philippe Coutinho meninggalkan pasukan.
Firmino, 26, menikmati kempen yang baik, dengan menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan musim ini.
Klopp berasakan perpindahan Coutinho ke Barcelona bulan lalu membolehkan Firmino -- yang menjaringkan tujuh gol dalam lapan perlawanan Liga Juara-Juara -- mendapat lebih banyak perhatian umum.
"Apabila saya tiba, saya segera mengatakan bahawa saya gembira Roberto (Firmino) ada di sini," kata jurulaith kelahiran Jerman itu sebelum menentang Porto dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Estadio do Dragao, awal pagi esok.
"Saya tidak fikir prestasinya meningkat baru-baru ini tetapi mungkin lebih jelas kerana situasinya tidak dibayangi oleh Phil Coutinho. Begitulah.
"Dia seorang pemain sangat penting dan dia tidak perlu selalu menonjol. Sepertimana kerap dia boleh, itu bagus.
"Adakah dia tidak dinilai baik? Saya tidak fikir begitu, tidak lagi. Saya tidak tahu pendapat orang tentang Roberto Firmino. Tetapi orang yang mempunyai 'otak bola sepak' menilainya dengan betul."
Dengan 20 gol dalam 36 perlawanan, Firmino juga membuat 11 bantuan jaringan dalam semua pertandingan.