LIVERPOOL 2 TOTTENHAM 2
Jurgen Klopp berkata pengadil perlawanan, Jon Moss, memberitahunya bahawa dia telah melakukan kesilapan dengan menghadiahkan dua sepakan penalti yang membantu Tottenham meraih seri 2-2 dengan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
Mohamed Salah membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum Victor Wanyama melepaskan rembatan jarak jauh untuk menyamakan kedudukan, sekali gus meningkatkan intensiti perlawanan di Anfield.
Harry Kane jatuh dalam kotak penalti selepas diasak oleh Loris Karius tetapi Liverpool berasakan penyerang itu telah berada dalam kedudukan ofsaid ketika mereka melancarkan serangan tetapi Moss memberikan sepakan penalti selepas berbincang dengan pembantunya.
Karius menafikan percubaan pertama Kane dan Liverpool di ambang kemenangan selepas Salah meletakkan Liverpool kembali di hadapan pada minit pertama masa kecederaan sebelum Spurs sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti.
Kane menyumbat gol ke-100 dalam saingan EPL dan memberikan Spurs satu mata daripada perlawanan ini.
Klopp, bagaimanapun, berang apabila dua keputusan tersebut telah menghilangkan dua mata berharga buat pasukannya.
"Kedua-dua pasukan memiliki kualiti dan terdesak untuk meraih kemenangan," kata Klopp.
"Keputusan ini dipengaruhi oleh keputusan pengadil. Pernah anda mendengar pengadil menerangkan mengenai keputusan mereka?
"Saya tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pengadil 30 minit selepas perlawanan berakhir. Perkara pertama yang Moss beritahu saya selepas perlawanan berakhir adalah menjelaskan kesilapan yang telah dilakukannya, pemain Spurs berada dalam kedudukan ofsaid, jelas sekali. Saya tidak tahu apa yang telah mereka bincangkan.
"Sepakan penalti yang kedua, Virgil Van Dijk menyentuh Erik Lamela dan pemain itu jatuh. Kami memiliki situasi yang sama tetapi pengadil tidak memberikan keputusan yang sama kepada kami," katanya.
Dua jaringan daripada Salah hampir membantu Liverpool untuk meraih tiga mata dalam membantu pasukan layak ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan tetapi Klopp berpuas hati dengan persembahan Liverpool walaupun sekadar seri.
"Kami mengharungi perlawanan dengan baik dan Spurs terpaksa mengejar perlawanan dan pemain-pemain telah memberikan yang terbaik."