Ketua pasukan Ajax Amsterdam, Davy Klaassen, membidas pendekatan Manchester United yang gemar bertahan dan bermain hantaran jauh dalam aksi perlawanan akhir Liga Europa, awal pagi tadi.
Jose Mourinho menang 2-0 di Stockholm untuk menamatkan kempen musim ini dengan dua trofi utama selain mengesahkan tempat di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
United memulakan perlawanan dengan memberangsangkan apabila meraih gol awal hasil rembatan Paul Pogba sebelum Henrikh Mkhitaryan mengukuhkan kedudukan wakil England itu dalam situasi sepakan sudut.
Ajax menguasai perlawanan sebanyak 69 peratus, namun hanya mampu membuat tiga percubaan tepat, dengan United lebih gemar bertahan untuk mematahkan jentera serangan Ajax yang menyingkirkan Lyon dan Schalke di peringkat kalah mati.
Klaassen mengakui mereka gagal mempamerkan corak sebenar mereka, bagaimanapun tetap kecewa dengan pendekatan lawan.
Dia memberitahu RTL7: "Kami tidak beraksi baik. Sangat sukar untuk berdepan sebuah pasukan seperti itu. Anda tahu mereka hanya menunggu dan membuat hantaran jauh. Mereka menjaringkan dua gol nasib.
"Permulaan kami goyah. Kami menguasai permainan selepas 15 minit. Mereka hanya menunggu sahaja. Kedua-dua gol mereka mereka adalah kerana tuah.
"Tidak banyak peluang menarik dicipta. Kami cuba mempamerkan rentak sebenar tetapi kami tidak cukup bagus. Ini mungkin disebabkan lawan kami. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan apabila anda tidak berada di tahap terbaik, ia menjadi sangat sukar."
United kini merupakan pasukan kelima yang memenangi kejuaraan utama Eropah: Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala Super UEFA.
Sebelum ini, Ajax, Juventus, Bayern Munich dan Chelsea pernah melakukannya.