Skip to main content

Bola Sepak

Klaassen tinggalkan Everton

davyklaassen.jpg
Davy Klaassen menamatkan 12 bulan yang mengecewakan di Everton selepas mengambil keputusan untuk menyertai kelab Bundesliga, Werder Bremen.

Pemain berusia 25 tahun itu telah dibayar GBP25 juta (RM133 juta) oleh Everton pada Julai 2017 tetapi dia bergelut untuk menembusi barisan utama di Goodison Park selepas tampil tiga kali dalam kesebelasan utama sepanjang musim.

Ronald Koeman, yang membawa masuk Klaassen, dipecat tiga bulan selepas pemain tengah itu hadir sementara penggantinya, Sam Allardyce, memilih untuk tidak menggunakan khidmat pemain kebangsaan Belanda itu.

Klaassen kini telah menyempurnakan perpindahan ke Werder yang telah membayar Everton sebanyak GBP12 juta (RM63 juta).

Jurulatih Werder, Florian Kohfeldt, berkata beliau telah lama memantau Klaassen dan berkata kepada laman web rasmi kelab, "Kami telah lama menyaksikan persembahan Klassen dan berbangga kerana dapat membawanya ke Jerman.

"Klaassen  memiliki rentak yang tersendiri, kreatif serta agresif di atas padang."

Klaassen memulakan karier bersama Ajax, menjuarai tiga gelaran Eredivisie dan mengetuai kelab Amsterdam itu dalam aksi final Liga Europa 2017.
 

Advertisement

Must Watch Video