Astro Arena hari ini melaporkan bahawa Kuala Lumpur City FC kini sedang mengalami masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai sejak Januari lalu.
Difahamkan, ia berpunca daripada perbezaan pandangan politik yang hanya dapat diselesaikan seandainya Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, meletakkan jawatan.
Isu dalaman yang membelenggu KLFA ketika ini turut memberikan kesan kepada KL City, yang merupakan juara Piala Malaysia musim lalu, di mana pemain dan pegawai pasukan itu dikatakan tidak menerima gaji sepanjang dua bulan lalu.
Menurut Khalid, ia berpunca daripada geran tahunan, yang sepatutnya diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tidak diberikan berikutan fahaman politik yang berbeza.
"Tetapi ia (pemberian geran) tidak dilakukan. Mereka telah diperkenalkan kepada kami oleh menteri wilayah pada ketika itu, jadi ia menimbulkan masalah kepada kami kerana perancangan kewangan kami menjadi bercelaru," kata Khalid seperti yang dipetik Nadi Weekend.
"Kerana 50 peratus pegangan saham itu tidak muncul dan tanggungan kos sebanyak 50 peratus juga tidak berlaku.
"Syarikat ini pula diberikan Stadium Kuala Lumpur yang dipajak kepada mereka atas alasan ia merupakan syarikat yang menyokong KL City FC tetapi sebenarnya tidak.
"Soal jawatan presiden KLFA ini tidak penting kerana apa yang penting adalah Pasukan Bolasepak KL City ini dapat dimajukan dan dijayakan.
"Saya tidak mahu KLFA dijadikan tempat untuk berpolitik atas kepentingan individu atau kumpulan tertentu," katanya.