Ketua pasukan dan penyerang Terengganu FC (TFC), Tchetche Kipre, mengakui kecewa gagal merakamkan kemenangan biarpun mencetak dua gol dalam aksi Liga Super berdepan PKNS FC, kelmarin.
Kipre muncul antara pemain terbaik dalam pertembungan itu kerana selain meledak dua jaringan, kelibatnya kerap mengancam pertahanan lawan.
Kipre, bagaimanapun, menganggap dua golnya itu tidak bermakna kerana dia tetap gagal membantu pasukannya meraih kemenangan.
"Saya tidak begitu gembira.
"Kami memiliki peluang tetapi bukan semuanya dapat diterjemahkan.
"Kami bermain baik pada separuh masa pertama. Memberi tekanan tinggi kepada lawan. Mengikuti segala perancangan jurulatih.
"Selepas gawang dibolosi, tumpuan kami mula goyah lalu kami sekali lagi dibolosi," katanya.
Apapun, pemain dari Ivory Coast itu percaya Sang Penyu akan bangkit lebih ampuh selepas ini apabila bertandang ke Kota Bharu berdepan musuh tradisi, Kelantan, esok.
"Semua pasukan sama handal dalam kancah Liga Super ini, malah ada yang lebih mantap daripada kami.
"Apa yang penting, kami terus berjuang dan tidak berputus asa.
"Kami tidak gembira dengan perlawanan ini, namun kami memungut satu mata. Ini penting," katanya lagi.