Skip to main content

Bola Sepak

Kimmich mahu diberi peranan lebih besar di Bayern

joshua-kimmich-060717.jpg
Joshua Kimmich berazam untuk mengukuhkan tempatnya dalam kesebelasan utama Bayern Munich selepas menganggap pengalaman di bawah bimbingan Carlo Ancelotti pada musim 2016-17 tidak memuaskan. 

Kimmich akan menyertai rakan sepasukannya dalam sesi latihan pra-musim selepas percutian singkat susulan membantu Jerman meraih kejayaan dalam Piala Konfederasi.

Malah, pemain berusia 22 tahun itu beraksi dalam setiap minit perlawanan buat skuad kebangsaan sejak menjadi pilihan untuk skuad asuhan Joachim Low dalam kemenangan 1-0 di peringkat kumpulan Euro 2016 ke atas Ireland Utara. 

Namun, dia melalui cerita berbeza di peringkat kelab apabila kurang diberi peluang oleh Ancelotti. 

Dia berhajat diturunkan sekerap mungkin dan memberitahu Kicker akan bertemu dengan pengurus Itali itu selepas Bayern meraih kemenangan kelima Bundesliga berturut-turut. 

"Sudah tentu kami akan mengadakan perbincangan kerana musim lalu tidak sempurna buat saya. Ia tidak memuaskan," katanya. 

"Di Bayern, adalah penting untuk anda tidak mudah berpuas hati."

Kebolehan Kimmich beraksi di pelbagai posisi menjadi rintangan buatnya dalam tempoh 12 bulan lalu apabila Ancelotti lebih senang meletakkannya di bahagian tengah. 

Bagaimanapun, Low lebih berminat menggunakannya di bahagian pertahanan, posisi yang diperkenalkan kepadanya oleh Pep Guardiola.  

Persaraan ketua pasukan Jerman, Philipp Lahm, turut mendorong Low meletakkan Kimmich di bahagian kanan pertahanan. 

"Kalau diberi pilihan, saya akan memilih bek kanan -- bukanlah saya memberontak tapi saya mahu bermain dengan penuh keyakinan dan teruja."

Advertisement

Must Watch Video