Jurulatih skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, mengharapkan pasukan kendaliannya segera menyerlahkan peningkatan dalam siri aksi persahabatan di China, 8-16 Jun ini.
Menurutnya, aksi persahabatan dengan Felda United kelmarin yang berakhir 1-1 mendedahkan beberapa kelemahan pasukan, terutama kesilapan individu.
Sehubungan itu, dia mahu pemain bangkit mengatasi kelemahan itu apabila berdepan skuad B-22 China dalam aksi persahabatan pertama di sana pada 10 Jun ini.
Peningkatan prestasi di China penting sebelum skuad negara beraksi dalam kelayakan Kejohanan Bawah 23 Tahun AFC bulan depan dan Sukan SEA, 19-30 Ogos nanti.
"Perkara ini (kesilapan) kami perlu pastikan tidak berlaku, di mana bermain di peringkat yang tinggi, kesilapan akan memudaratkan setiap pasukan.
"Jadi, pemain harus berwaspada selama 100 minit perlawanan," kata Kim Swee ketika ditemui sebelum berlepas ke China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Tambah pengendali kelahiran Melaka itu, barisan negara kini masih dalam penyesuaian dengan formasi 3-4-3.
Katanya, dia akan menilai keberkesanan formasi itu selepas menentang skuad simpanan kelab Guangzhou Evergrande Taobao dalam aksi persahabatan terakhir di China pada 15 Jun.
"Masih terlalu awal, saya boleh rumuskan selepas perlawanan ketiga kami, apabila kami kembali ke tanah air 16 Jun nanti.
"Ia akan menentukan ataupun memikirkan apa yang sesuai sama ada sistem yang saya cuba terapkan ataupun saya harus menukar sistem."