Skip to main content

Bola Sepak

Khidmat Keita diminati Milan

balde-keita-090617.jpg
AC Milan telah mencapai kata sepakat dengan Lazio berhubung khidmat Balde Keita, menurut ejen pemain itu. 

Pemain berusia 22 tahun itu menyerlah di bawah kendalian Simone Inzaghi, musim lalu, sehingga persembahannya menarik minat juara Serie A, Juventus. 

Bagaimanapun, khabar angin mengatakan Milan berjaya memancing pemain itu, termasuk pemain tengah, Lucas Biglia.

Ejennya, Roberto Calenda, mengesahkan telah dimaklumkan oleh Lazio bahawa persetujuan itu telah dicapai. 

"Beberapa bulan lalu, kami telah berjumpa dengan presiden (Claudio Lotito)," katanya kepada Sky Sport Italia.

"Mereka mengatakan telah mencapai kata sepakat dengan Milan, jadi kami sedar bahawa dia berada dalam pasaran. Kini, kami perlu menilai pilihan yang ada. 

"Dengan Lazio, sukar untuk bercakap mengenai harga perpindahannya. Kami telah berbincang panjang lebar dengan Claudio Lotito tetapi belum ada tawaran kontrak baru yang kukuh."

Dengan kontrak hanya berbaki setahun, Lazio lebih terdesak untuk menjualnya berbanding menanggung kerugian tanpa sebarang yuran perpindahan pada 2018. 

Keita menjaringkan 16 gol dan mencipta enam bantuan gol sepanjang kempen lalu untuk membantu kelab kota Rom itu menamatkan saingan di tangga kelima selain mara ke perlawanan akhir Coppa Italia -- tewas kepada Juventus. 

Dalam usaha menyalakan harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara, Milan telah mendapatkan Ricardo Rodriguez dari Wolfsburg di samping telah memuktamadkan perjanjian dengan Mateo Musacchio dan Franck Kessie.
 

Advertisement

Must Watch Video