Skip to main content

Bola Sepak

Khidmat Bale masih ditagih Real Madrid

bale.jpg
Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, masih bergantung kepada Gareth Bale musim ini biarpun mengetepikan penyerang itu di bangku simpanan ketika menentang Bayern Munich, awal pagi tadi. 

Bale langsung tidak dimasukkan ketika Madrid membenam Bayern 2-1 dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Allianz Arena.

Pemain antarabangsa Wales itu hanya membuat lima penampilan -- tiga daripadanya dalam kesebelasan utama -- dalam saingan Eropah musim ini.

Begitupun, Zidane berkata Bale masih mempunyai peranan di Madrid sehingga akhir musim ini walaupun spekulasi mengenai masa depan pemain berusia 28 tahun itu bertiup kencang.

"Saya perlu membuat pilihan dan saya mempunyai beberapa pemain yang sangat baik dalam skuad," katanya dalam sidang akhbar.

"Ada beberapa pemain yang sedang bermain dengan baik.

"Masih banyak lagi permainan pada masa akan datang dan saya akan bergantung kepadanya. Tidak benar bahawa saya tidak mahukannya," katanya lagi.




 

Advertisement

Must Watch Video